raja safuan sharing

Raja Safuan. Sering di kaitkan dengan usahawan internet paling cekal di Malaysia. Kenapa? Ini kerana, beliau sebenarnya mempunyai kecacatan pada anggota kaki. Tetapi, walaupun beliau tidak sempurna dari segi fizikal, semangat beliau sedikit pun tidak lemah untuk menjalankan perniagaan internet sejak dari tahun 2006.

Di dunia perniagaan internet, beliau banyak membuat aktiviti pemasaran untuk produk digital dan fizikal. Oleh itu, terdapat banyak strategi jualan yang MELETUP beliau miliki. Oh.. Bukan itu sahaja. Safuan juga sering dijemput sebagai penceramah bagi menyampaikan seminar berkenaan motivasi, perniagaan dan pemasaran internet. Melalui kekuatan dan pengalaman yang beliau miliki, Safuan terus GAH di dunia perniagaan internet.

 

15966189_1560462913970093_3273249190537452583_n ads3

Zahrul Azua, nama yang tidak dapat dipisahkan daripada perkataan surat jualan MEMBUNUH! Beliau merupakan seorang penulis yang sangat berpengalaman dalam bidang pemasaran produk di internet mahupun di luar internet. Cuba anda masuk ke kedai buku terbesar di Malaysia iaitu MPH Bookstore, anda pasti akan terjumpa dengan sebuah buku tulisan beliau yang bertajuk ‘Rahsia Membina Senjata Jualan’. Anda tahu tak?
Buku ini telah disenaraikan sebagai TOP TEN Local Non Fiction Best Seller. Hebat! Daripada pengalaman beliau inilah yang menyebabkan ramai usahawan internet merayu-rayu meminta Zahrul tuliskan surat jualan untuk produk mahupun servis yang ingin dipasarkan di internet. Hasilnya, ramai usahawan internet telah menjadi SUPERSTAR dalam perniagaan internet hanya melalui bantuan penulisan jualan beliau.